Intercampus Career Fair 2017

Perkongsiaan expo kerjaya diteruskan. Kali ini kami ingin berkongsi dengan ada satu lagi peluang pekerjaan. Maklumat seperti berikut:

Tarikh: 8 & 9 September 2017 (Jumaat dan Sabtu)

Masa: 10.00AM – 6.00PM

Tempat: Sunway Pyramid Conversation Centre, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Kenapa perlu hadir ke Intercampus Career Fair 2017?

1. Lebih 100 Syarikat Mengambil Bahagian

Peluang yang lebih banyak kerana terdapat lebih 100 syarikat yang bersedia memberi peluang kepada lepasan graduan untuk mendapat kerja.

2. Kerjaya Bersesuaian dengan anda (Career Profiling)

Menggunakan maklumat yang merangkumi data peribadi, minat, kemahiran dan sebagainya, anda boleh mengetahui kerja yang bersesuaian dengan kelebihan yang ada.

3. Peluang Bekerja di Singapura

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman bekerja di luar negara dengan gaji yang lebih lumayan, expo kerjaya ini sangat tepat untuk dikunjungi.

4. Mentor Hot Seat

Anda berpeluang untuk mempelajari latihan temuduga supaya dapat menghadiri temuduga dengan berjaya. Mentor akan membimbing supaya bakal pekerja mendapat ilmu bermanfaat semasa proses temuduga kelak.

Dalam program Mentor Hot Seat juga, para bakal pekerja juga akan dilengkapkan dengan ilmu membuat resume terbaik agar kelihatan professional dan mendapat perhatian majikan.

Jom daftar untuk mendapat tiket percuma. Layari careerfair.com.my

2 thoughts on “Intercampus Career Fair 2017

    • 29/08/2017 at 12:57 PM
      Permalink

      Orang makan gaji membantu bisnes majikan dan bisnes orang lain berkembang. Saling bergantungan.

      Selamat maju jaya tuan dalam bisnes.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge