Jawatan Kosong Pembantu Tadbir FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara.

Permohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Syarat & Keperluan:

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Status Kerja: Tetap/Kontrak

i) Terdiri daripada warganegara;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Maklumat Gaji:

Gaji : RM 1,352.00 (Minimum) – RM 4,003.00 (Maksimum)

Kadar Kenaian Gaji Tahunan: RM100.00

Imbuhan:

i) Tetap Khidmat Awam: RM115.00

ii) Tetap Perumahan: RM300.00

iii) Bantuan Sara Hidup: RM300.00

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM akan diproses.

Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Klik di Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM untuk memohon.

Maklumat Tambahan

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Ogos 2017