3 Perkara Lepasan Graduan Boleh Lakukan Selepas Tamat Belajar

Tamat belajar dan mendapat segulung ijazah atau diploma adalah impian setiap graduan. Tiada pelajar yang belajar tanpa mahu tamatkan pengajian.

kerjaya-lepasan-graduan

Biar lambat sekalipun, impian dan harapan itu tetap ada. Ingin rasanya kepuasaan, kegembiraan dan kebanggaan selepas bertahun-tahun berusaha keras belajar.

Selepas belajar, ramai yang sudah mula bersedia untuk melangkah ke alam seterusnya.

Pada tahun akhir pengajian, sudah ada perancangan untuk dilakukan selepas tamat belajar.

Jadi, apa lepasan graduan boleh lakukan?

1.  Terus Mencari Kerja Sesuai dengan Kelulusan dan Pengajian.

Bahasa mudahnya, mencari kerja tetap dengan gaji, simpanan KWSP dan faedah lain. Ini adalah amalan biasa pada setiap lepasan graduan. Tidak kira sama ada kerjaya dalam syarikat swasta atau kerja kerajaan. Pada peringkat ini, setiap graduan akan mula menghantar resume kepada syarikat di seluruh negara.

Dengan adanya teknologi internet, proses mencari kerja menjadi sangat mudah. Amat sedikit bilangan yang menghantar surat rasmi kepada bakal majikan. Boleh dikatakan, majoriti daripada lepasan graduan akan menggunakan laman web pencari kerja seperti JobStreet, Monster, JenJobs dan banyak lagi untuk mencari kerja kosong. Boleh buat carian di internet.

Satu lagi kaedah mudah mencari kerja adalah dengan menghantar resume kerja melalui email. Setiap majikan biasanya akan mempunyai laman web dan memaparkan email untuk dihubungi. Selain tujuan pertanyaan, email ini berfungsi kepada pencari kerja untuk menghantar resume secara dalam talian.

2. Mencari Kerja sambilan

Mencari kerja sambilan untuk buat duit poket sebelum mendapat kerja tetap. Kerja sambilan bukan status tetap. Gajinya juga dibayar mengikut jam atau minggu. Namun, ini adalah langkah pertama yang sangat bijak bagi lepasan graduan. Mereka boleh menimba pengalaman kerja.

Tidak kira kerja sambilan atau tetap, setiap rezeki yang diterima adalah sama. Itu rezeki kita. Sangat penting bagaimana sikap positif kita dapat dibentuk melalui gaji tersebut. Gaji dari titik peluh kita. Kita patut berbangga. Selagi kita bekerja, halal pendapatan dengan kerja yang baik, itu sudah baik daripada menganggur tanpa berbuat apa-apa.

3. Buat Perniagaan Kecil-kecilan

Perniagaan (bisnes) sangat digalakkan. Ada sesetengah graduan semasa belajar sudah berkecimpung dalam bisnes kecil-kecilan seperti jual baju pelajar, kad prabayar, jual burger dan jual makanan segera. Pendapatan yang diterima pada ketika itu boleh dikatakan sangat lumayan (bagi seorang pelajar).

Selepas tamat belajar, ilmu dan pengalaman bisnes tersebut dapat digunakan di dunia luar malah dapat dikembangkan dengan lebih maju.

Untuk permulaan, gunakan platform internet untuk mula berniaga. Ini kerana kosnya sangat murah sehingga dianggap percuma. Contoh perniagaan seperti:

  • Dropship yang tidak memerlukan modal untuk bermula. Juga tanpa simpan stok
  • Agen jualan produk – ada yang perlu bayar untuk menjadi agen, ada juga percuma
  • Agen Affiliate – menjadi agen jualan dan mendapat komisyen daripadanya. Sangat sesuai dan popular di internet

Tugas kita untuk model-model perniagaan-perniagaan di atas adalah membuat pemasaran dan promosi. Boleh dikatakan mudah tanpa kos simpan stok dan sebagainya.

Kisah Kejayaan Lepasan Graduan

Tidak semua lepasan graduan mendapat kerja seperti diidamkan. Lumrah kehidupan kerana rezeki kerja seseorang tidak semestinya mengikut kelulusan pengajian. Kami mempunyai ramai rakan yang berjaya bukan di dalam bidang kepakaran. Mereka membina kerjaya dan menjadi pakar dalam bidang yang baru. Malah lebih berjaya daripada yang anggapan sesetengah orang.

Contohnya, semasa di universiti atau kolej mendalami jurusan Teknologi Maklumat tetapi berjaya dalam bidang perakaunan. Lebih membanggakan, beliau telah bekerja di syarikat swasta tersebut lebih dari 10 tahun. Lebih hebat lagi beliau menjadi rujukan para Akauntan yang mendalami jurusan Akaun!

Kami harap semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi idea dan manfaat kepada anda.

ZAINI  – Tim SmartKerjaya.com

3 thoughts on “3 Perkara Lepasan Graduan Boleh Lakukan Selepas Tamat Belajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge