5 Soalan Cepu Emas Dari Penemuduga. Bersediakah Anda?

Sesi temuduga kerja adalah sesi soal jawab antara penemuduga (majikan) dengan calon (bakal pekerja).

Setelah mereka meneliti, menilai dan membaca resume yang meyakinkan dari anda, majikan telah bersedia untuk bersemuka.

Mereka ingin kenal siapa calon yang datang untuk jawatan kosong yang ditawarkan.

Mungkin kita biasa membaca di internet soalan-soalan yang akan ditanya.

Kita semestinya sudah bersedia tetapi tahukah anda apa disebalik soalan yang ditanya?

Soalan ‘bocor’ atau cepuemas sangat menguji minda dan pemikiran.

Menguji sejauh mana kematangan kita menjawab.

Menguji sehebat mana kita berfikir.

Menguji sepintar mana kita memberi penyelesaian.

Jom baca perkongsian kami sediakan. Moga memberi manfaat.

#1. Ceritakan Tentang Diri Anda

Kedengaran soalan ini agak mudah untuk dijawab bukan?

Tetapi awas, jika anda salah langkah anda akan terperangkap dengan soalan mudah ini.

Penemuduga hanya memerlukan antara 2 hingga 3 minit untuk mengenal siapa anda dan adakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Gunakan point-point yang penting mengenai diri anda yang dapat menonjol dan menyerlahkan personaliti diri anda.

Ceritakan tentang diri anda” bukan bermaksud ceritakan segalanya tentang diri anda seperti:

“Asal dari mana?”

“Adik adik beradik berapa orang?”

Tetapi ceritakan apa yang paling penting untuk diri anda dan apa yang menarik mengenai personaliti anda untuk syarikat tersebut.

#2. Kenapa Saya Patut Pilih Anda?

Jawapan yang paling mudah dan simple ialah “saya adalah orang yang paling layak untuk kerja ini.

Jangan takut untuk berkata begitu. Tetapi tegaskan dan berikan sebab musabab apa yang membezakan anda dengan calon-calon yang lain.

Contohnya, “Saya adalah orang yang paling layak untuk kerja ini. Saya sedar bahawa calon-calon lain juga layak untuk jawatan ini.”

“Tetapi yang membezakan saya dengan calon-calon yang lain adalah saya merupakan seorang yang boleh bertutur dengan Bahasa Melayu tinggi.”

“Ini merupakan kemahiran komunikasi yang perlu untuk memastikan pelanggan akan mudah kita untuk didekati.”

Nyatakan dengan jelas sebab musabab anda sangat layak menjawat jawatan tersebut, bukannya calon lain. Tonjolkan kelebihan yang ada.

#3. Apakah Kelemahan Terbesar Bagi Anda?

Tukarkan kelemahan anda itu dan cara mengatasi masalah tersebut.

Contohnya anda seorang yang tidak terurus dan tergesa – gesa dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

Anda perlu jawab dengan cara mengatasi masalah tersebut.

Saya telah menyediakan satu “buku tugasan harian” untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan diberi mengikut “dateline”.

#4. Berapakah Gaji yang Anda Minta untuk Jawatan Ini?

minta-naik-gaji

Soalan yang mempunyaa “pro” dan “kontra”.

Apabila anda ditanya mengenai soalan ini, anda mesti yakin dan jelaskan kepada penemuduga mengapa anda minta gaji tersebut.

Ceritakan segala kemahiran dan pengalaman kerja anda dengan penuh yakin.

Gaji adalah perkara paling penting untuk diutarakan semasa proses temuduga.

Ini adalah masa yang paling ideal untuk bertanyakan gaji.

Jika majikan bersetuju dengan permintaan anda, maka soalan berkenaan gaji sudah terjawab dan anda akan rasa lebih bermotivasi kerana bakal majikan memberi maklumbalas positif.

Untuk makluman, perintah gaji minimum telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2016 dengan bayaran sebanyak RM1,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM920 (Sabah dan Sarawak).

Tetapi takkan nak minta gaji minima? Minta gaji semaksima mungkin.

5.# Anda Mempunyai Sebarang Soalan?

Kebanyakan calon yang datang semasa temuduga apabila tiba dengan soalan ini, mereka menjawab “TIDAK”.

Anda sebenarnya salah.

Anda perlu bertanyakan soalan-soalan kepada penemuduga mengenai syarikat atau skop tugas anda seandainya anda diberi tawaran bekerja dengan mereka.

Jika anda tidak menanyakan soalan, mereka beranggapan anda tidak berminat dengan serius dan bersedia dengan kerjaya yang anda bakal dapat.

Bersedia Paling Penting

Persediaan sebelum temuduga sangat penting agar kita tidak kecewa dan ‘hilang punca’ ketika ditanya bakal majikan.

Berita baik untuk anda. Selain tips soalan cepu emas ini, kami juga telah sediakan ebook percuma berkenaan 11 Persediaan Awal Sebelum Menghadiri Temuduga Kerja.

Cuma masukkan nama dan email pada borang di bawah. Semoga bermanfaat kepada anda.

Selamat berjaya.

  • temuduga kerja
  • Nama Anda

    Alamat Email

Kredit gambar: ozlukhaklari.com, linkedin.com

One thought on “5 Soalan Cepu Emas Dari Penemuduga. Bersediakah Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge