Mengalami stress atau tekanan adalah lumrah setiap manusia; baik di rumah, di pejabat, mahupun sewaktu bersendirian. Stress berpunca dari wujudnya sesuatu perasaan, keinginan atau ancaman terhadap diri kita.

Stress inilah yang memacu kehidupan kita seharian, memaksa kita untuk berubah dan berusaha mendapatkan keinginan tertentu. Namun begitu sekiranya stress menguasai diri ia boleh memakan diri kita dan menampakkan kesan yang negatif.
Di tempat kerja, rata-rata pekerja akan mengalami stress pada dos yang sederhana hingga tinggi. Baik mengejar waktu tamat tempoh tugasan (dead-line) mahupun melaksanakan perintah pihak pengurusan, semua ini menyumbang kepada kenaikan tahap stress diri masing-masing.
Memandangkan kita tak boleh lari dari stress, jadi apakah caranya agar tahap stress ini tidak sampai ke tahap yang memakan diri kita?
Jom kita baca tiga (3) tips ampuh menangani stress pada waktu kerja.
#1. Bertenang Seketika
Cara yang pertama adalah dengan bertenang. Lari sekejap dari meja kerja anda, luangkan masa antara 5 hingga 10 minit untuk menghirup udara segar, minum teh mahupun bersembang dengan rakan sekerja.
Ramai yang tersalah anggap bahawa perbuatan ini menyumbang kepada kemalasan dalam bekerja. Namun begitu, sebenarnya dengan mengambil masa yang singkat untuk berehat inilah yang boleh mengekalkan fokus kita pada kerja.
Salah satu teknik yang dicipta oleh Francesco Cirillo untuk meningkatkan produktiviti dipanggil teknik Pomodoro. Dengan teknik ini, setiap 30 minit para pekerja melakukan tugasan, peruntukkan 5 minit untuk berehat.
Dengan demikian, otak dan badan akan berehat sebentar dari memikirkan tugasan hakiki pejabat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.
#2. Berkongsi Masalah dengan Rakan
Cara yang kedua adalah berkongsi masalah dengan rakan. Kadangkala kita buntu dan tidak jumpa akan jawapan kepada isu yang kita hadapi. Dengan berkongsi masalah tersebut bersama rakan-rakan, insyaAllah kita akan dapat ilham menerusi sudut pandang masing-masing.

Sekiranya kita pendam seorang diri, kemungkinan besar isu tersebut mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan dan pada masa sama menaikkan tahap stress kita.
Stress jika dibiarkan berlarutan tanpa diluahkan kepada orang lain akan mendorong terjadinya penyakit berbahaya seperti kemurungan, sakit jantung, stroke dan tekanan darah tinggi. Walaupun ianya kelihatan kecil, namun tanpa pengurusan yang betul, ia boleh bertukar menjadi tragedi buruk kepada kesihatan pekerja.
#3. Rekodkan Setiap Kerja
Cara yang ketiga dengan mewujudkan log-keeping atau merekodkan setiap kerja yang kita perlu selesaikan. Tidak perlu terlalu terperinci, cukup sekadar tajuk, maklumat ringkas berkaitan kerja serta tarikh perlu selesaikan.
Sekiranya kita rajin melakukan rekod ini maka mudah untuk kita mengetahui kerja yang kita ada pada satu-satu masa serta senanglah kita untuk mengurus masa dan menyelesaikan satu-satu kerja itu. Tiada apa yang lebih melapangkan dada seorang itu melainkan setelah melihat kerja-kerja beliau selesai satu persatu.
Bijak Tangani Stress di Tempat Kerja
Akhir kata, stress waktu kerja ini ada baik dan buruknya. Amat penting bagi seseorang itu mengurus tahap stressnya agar tidak melebihi aras yang sepatutnya. Ini adalah bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan menyenangkan. Jangan sampai pekerja bertukar kerja ke tempat lain akibat tidak mampu mengurus tekanan yang tinggi.
Apa anda lakukan jika mengalami stress di tempat kerja? Boleh kongsikan.
LH Suhaimi
kalau saya stress bekerja senang sahaja…
bawa minum dan lupakan sebentar gajet dan sebagainya
mrhanafi recently posted…Kenapa kita Selalu Teringatkan Seseorang
Pernah buat juga begitu. Membantu.
[…] yang gembira bekerja akan menguntungkan kedua-dua pihak. Pekerja akan lebih seronok tanpa tekanan dan hasilnya syarikat akan bertambah maju dan […]
[…] salah satu daripada peningkatan kerjaya seorang pekerja. Gaji naik boleh tingkatkan motivasi dan hilangkan stress kerja. Mengikut kajian Mercer, gaji pekerja Malaysia dianggarkan akan naik sebanyak 5.5% […]
[…] Bangun pagi cuma terus masak. Jimat banyak masa dan sudah pasti tidak terkejar-kejar ke sana ke mari. Hidup pun tidak stress. […]
[…] perancangan dengan tips gaji pertama ini dapat menyusun perjalanan wang anda. Elak stress di tempat kerja kerana belum hujung bulan gaji sudah […]