Press "Enter" to skip to content

Cara Membuat Pinjaman Bank oleh Pekerja Melalui Cagaran KWSP

Kongsikan Bersama Rakan

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pinjaman bank dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 di dalam Akaun 2.

Syarat berikutnya adalah peminjam mestilah berumur 40 tahun dan ke atas.

Menurut KWSP, terdapat dua bank menawarkan pinjaman ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

KWSP pada masa sama, akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank sebagai kemudahan kepada pencarum dalam membuat pinjaman bank.

Pinjaman yang ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara empat hingga lima peratus. Ini jauh lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu lapan hingga 15 peratus.

Jumlah pembiayaan maksimum ditetapkan pada RM50,000 tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP. Tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) akan digunakan sebagai cagaran kepada bank untuk tujuan pembiayaan ini.

“Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

“Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat, di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.

“Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.”

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Untuk maklumat lanjut dan permohonan pinjaman bercagar KWSP, layari kwsp.gov.my


Kongsikan Bersama Rakan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge