Press "Enter" to skip to content

3 Cara Terbaik Untuk Pekerja Cepat Naik Gaji

Kongsikan Bersama Rakan

Satu faktor penting dalam perkembangan kerjaya adalah dengan peningkatan gaji setiap tahun. Pekerja yang cepat naik gaji lebih bersemangat untuk terus berkhidmat.

Gaji yang naik setiap tahun akan memberi gambaran kerjaya kita semakin baik, terjamin dan mempunyai masa depan yang cerah.

Dengan peningkatan gaji pekerja, sesebuah syarikat telah berjaya menggembirakan hati pekerja. Gaji adalah faktor utama seseorang memilih untuk bekerja.

Untuk kerjaya berkembang dengan pantas, seseorang perlu menambah nilai pada diri sendiri. Dengan bertambahnya nilai, akan naik kedudukan dalam organisasi syarikat.

Gaji yang naik dengan cepat sangat bergantung kepada nilai yang ada pada pekerja.

Jom baca perkongsiaan 3 cara untuk bantu pekerja naik gaji dengan cepat:

1. Latihan dan Pengiktirafan (Certificate Training)

Untuk mereka yang bekerja dalam bidang teknikal dan kemahiran, latihan lajutan sangat diperlukan untuk menambah nilai diri.

Seorang jurutera komputer misalnya, boleh memohon latihan lanjutan untuk menambah kemahiran dengan ilmu terkini.

Teknologi maklumat sangat bergerak pantas. Sesuatu teknologi yang berada di pasaran akan cepat ketinggalan dengan wujudkan teknologi-teknologi baru. Adakalanya kurang setahun sudah ada perkara baru.

Contohnya, jika jurutera komputer sudah memiliki kemahiran dalam membaik pulih Windows 7, mereka boleh memohon kepada syarikat untuk mendapat latihan Windows 10 pula.

Walaupun pada dasarkan, kedua-dua sistem operasi ini mempunyai persamaan dari beberapa aspek, tetapi kehadiran Windows 10 menambah baik sistem sedia ada.

Jadi, jurutera komputer akan dapat menambah satu lagi kemahiran penting dalam membaik pulih komputer.

Dengan pengiktirafan latihan yang disertakan sijil, nilai seseorang pekerja akan meningkat ke satu tahap lebih tinggi.

Pada masa sama, memberi peringatan jelas kepada majikan untuk menaikkan gaji pekerja dengan lebih cepat.

Amat digalakkan kepada para pekerja untuk merebut peluang yang ada jika ditawarkan kursus latihan lanjutan.

Walaupun ada syarikat yang menampung keseluruhan dengan bersyarat seperti keperluan bekerja selama 5 tahun, tetapi peluang begini sangat berbaloi untuk dimiliki.

2. Sambung Pengajian Akademik

sambung belajar naik gaji

Meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi antara faktor penting mempengaruhi kenaikan gaji.

Namun tidak semua orang sanggup meneruskan pengajian jika sudah selesa bekerja memegang wang di tangan.

“Engkau tak nak sambung belajar ke? Boleh naik pangkat.”

Jika 10 orang ditanya soalan di atas, mungkin ada seorang yang menjawab ya. Selebihnya akan menolak untuk sambung belajar.

Tidak salah menolak peluang untuk sambung pengajian akademik kerana setiap orang mempunyai alasan kukuh untuk tidak berbuat demikian.

Contohnya, komitmen kepada keluarga, anak-anak yang semakin membesar, tahap kewangan yang kurang stabil dan kekangan masa hujung minggu.

Kita sedia maklum, jika sambung belajar semasa bekerja, hanya hari Sabtu atau Ahad sahaja belajar. Hari lain bekerja seperti biasa.

Jadi mereka fikir waktu hujung minggu (Sabtu dan Ahad) adalah waktu keluarga. Tidak boleh buat perkara lain. Itu waktu berkualiti untuk anak-anak dan keluarga. Betul juga tu!

Sebaiknya jika kita:

Ada sijil, sambung ke diploma.

Ada diploma sambung ke ijazah.

Ada ijazah, sambung ke master, maka nilai diri akan meningkat. Peluang kerjaya akan lebih besar menanti di hadapan.

Ada  syarikat memerlukan taraf pendidikan tertentu untuk menjawat jawatan tertentu. Sudah pasti jawatan tersebut menawarkan jawatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Semestinya gaji juga akan naik seiring dengan jawatan diterima.

3. Cepat Naik Gaji dengan Pengalaman Kerja

Semakin lama bekerja, semakin banyak pengalaman ditimba.

Pengalaman bertahun-tahun boleh datang dalam bentuk teknikal, kemahiran, teori dan pengurusan. Semuanya menambah ilmu dan nilai saban tahun.

Pekerja yang hanya fokus pada satu kemahiran akan menjadi seorang yang sangat bernilai dengan tugasnya.

Bayangkan pengalaman seorang juruteknik bangunan yang bekerja 1 tahun menyelia, memantau dan mengurus fasiliti berbanding juruteknik yang bekerja 5 tahun.

Sudah semestinya juruteknik 5 tahun pengalaman akan lebih bernilai kepada syarikat.

Andai pekerja sebegini berhenti, bermakna 5 tahun pengalaman dan ilmu hilang dan pekerja baru perlu belajar bermula dari kosong.

Natijahnya, perlukan 5 tahun untuk mencapai tahap juruteknik berpengalaman. Syarikat akan rugi dari segi masa, kos dan tenaga dengan pekerja yang masih baru tanpa pengalaman.

Oleh sebab itu, syarikat amat menjaga mereka yang berpengalaman dengan memberikan kelebihan dari segi kenaikan gaji tahunan, bonus dan elaun tertentu.

Jelas, pengalaman juga satu faktor penting untuk naik gaji dengan lebih cepat.

Tambah Nilai, Tambah Gaji

Formula naik gaji cepat sangat mudah kerana berkait rapat dengan diri pekerja. Pasti kita tidak mahu sentiasa berada pada tahap yang sama tanpa ada peningkatan.

Tidak kisahlah peningkatan dari segi gaji atau pangkat.

Perubahan ke arah kebaikan sangat membantu sejauh mana seseorang pekerja dapat mengembangkan kerjaya yang ada.

Nak tanya sikit. Apa cara anda untuk cepat naik gaji? Jom kongsi di bahagian komen di bawah.

Kredit gambar: kaskus.co.id, graduationsource.com


Kongsikan Bersama Rakan

5 Comments

  1. HIDAYAH AZMAN HIDAYAH AZMAN 16/08/2017

    Pada pendapat saya, point no 3 cara nak naik gaji cepat. Cuma ia memerlukan masa. Pengalaman dalam sesuatu bidang amat penting. Terutama jika ingin memasuki syarikat yang besar & stabil.

    Pengalaman paling mudah untuk kita kumpul dengan bekerja yang baru nak berkembang. Banyak pengalaman yang kita akan dapat.
    HIDAYAH AZMAN recently posted…PENGALAMAN PUAN AYA NAIKKAN HB SEBAB TAKUT KENA CUCUK ZAT BESIMy Profile

    • MZ Ismail MZ Ismail Post author | 17/08/2017

      Ya cik Hidayah,

      Pengalaman memang paling bernilai dalam perkembangan karier.

    • MZ Ismail MZ Ismail Post author | 17/08/2017

      Ya cik Raihanah,

      Asalkan capai target dan KPI, boleh dipertimbangkan naik. Tetapi gaji biasanya naik setiap tahun walaupun sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge