Press "Enter" to skip to content

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Kongsikan Bersama Rakan

Tujuan dan objektif Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) untuk menggalakkan OKU terus kekal bekerja, pada masa sama mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Kadar bayaran EPOKU: RM450 sebulan seorang

Kelayakan Memohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU):

1. Warganegara yang bermastautin dan menetap di Malaysia

2. Berumur 16 tahun dan ke atas

3. Pemegang kad OKU JKM

4. Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah

Cara Memohon EPOKU

Permohonan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan

2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

KLIK DI SINI untuk maklumat lengkap dan cara memohon EPOKU


Kongsikan Bersama Rakan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge