Press "Enter" to skip to content

7 Group WhatsApp Kegemaran Staff di Pejabat. Anda Yang Mana?

Kongsikan Bersama Rakan

Komunikasi adalah perkara penting di pejabat agar maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan tepat. Setiap hari ada sahaja perbualan, emel atau mesej di hantar antara staff dan juga pengurus.

Semenjak wujudkan aplikasi WhatsApp pada tahun 2009, komunikasi menjadi lebih pantas, menarik dan pelbagai.

Dianggarkan lebih 2.2 billion pengguna Whatsapp meliputi 180 negara di seluruh dunia.

Apa yang pernah ada pada mesej SMS (Short Message Service) telah dinaik taraf secara drastik oleh WhatsApp menyebabkan ia menjadi satu aplikasi wajib di dalam telefon staff pejabat hari ini.

WhatsApp boleh digunakan untuk:

1. Mesej bertulis dan bergambar

2. Panggilan video dan suara

3. Perkongsian fail dan dokumen

4. Ambil gambar dan hantar serentak (snap and send)

Salah satu kelebihan WhatsApp adalah boleh mewujudkan group (kumpulan) yang dapat dianggotai sehingga 1,024 orang! Sangat ramai sehingga antara ahli group mungkin tidak mengenali sesama sendiri.

Menariknya, group ini akan kekal walaupun anda telah berhenti kerja daripada organisasi tersebut.

Tidak kira apa jua organisasi yang anda ceburi sama ada keluarga, pejabat, sekolah atau masyarakat, pasti ada group tersendiri yang diwujudkan oleh ahlinya.

Jadi, apa 7 group WhatsApp kegemaran staff di pejabat?

Mungkin anda juga salah seorang ahli yang aktif di dalamnya. Jom baca perkongsian kami:

Hadamkan carta organisasi ini sebagai rujukan:

carta-organisasi-syarikat

1. Group Semua Staff di Pejabat

Semua ahli dalam carta organisasi akan dijemput untuk sertai group ini. Mesej yang biasa di sampaikan adalah berkaitan dengan kerja, polisi syarikat dan aktiviti syarikat.

Sangat formal dan berhati-hati dalam setiap mesej yang dihantar dan dikongsi. Sebab ada bos besar dalam group ini.

2. Group Antara Pengurus Jabatan Sahaja (Tanpa Pengarah)

Membincangkan strategi yang telah dikehendaki oleh Pengarah Syarikat. Ada berkongsi contoh laporan yang perlu dihantar kepada pengurusan syarikat.

3. Group Antara Jabatan Sahaja

Contohnya, jika Jabatan HR, maka ahlinya adalah pengurus Jabatan HR dan staff-staff HR. Group ini biasanya ditubuhkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan HR sahaja seperti:

▪ Mesyuarat dan perbincangan

▪ Kehadiran staff

▪ Pergerakan staff (di ofis atau luar kawasan)

▪ Membincangkan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI)

4. Group Antara Staff Jabatan Tertentu Sahaja (Tanpa Pengurus Jabatan)

Perbicangan lebih santai dan terus (direct). Sebab semua kawan-kawan dan tiada had formal dalam perbualan.

Staff-staff akan berkongsi pengalaman peribadi, cerita-cerita lawak dan tempat makan.

Bila musim perayaan, ada kalangan ahli yang berjual beli. Group tanpa bos biasanya akan lebih aktif dari group lain.

5. Group Antara Staff di Banyak Jabatan (Tanpa Pengurus Jabatan)

Aktiviti group ini akan lebih kurang sama dengan group No 4 disebabkan ahli yang lebih ramai. Jadi lebih banyak ragam pekerja dapat dilihat dan dikongsi.

6. Group Lelaki Sahaja

Sudah nama lelaki, jadi perbualan akan lebih ke arah aktiviti lelaki seperti main futsal, pingpong dan perbincangan bola sepak Malaysia dan antarabangsa.

Dalam group ini akan dapat dilihat kecenderungan aktiviti sukan seseorang staff. Ada minat sukan itu, ada minat sukan ini.

whatsapp-group-ofis
Kredit gambar: Linkedin.com

Jika ramai peminat bola sepak, perbualan boleh mencecah ratusan mesej dalam masa sehari. Bertambah panas apabila peminat fanatik kelab bola sepak berkongsi kehebatan pencapaian kelab masing-masing.

Semua orang tak nak kalah, semua orang akan ‘panaskan’ kumpulan dengan merendah-rendahkan kelab bola sepak lain.

Santai tetapi sangat panas!

7. Group Perempuan Sahaja

Untuk perempuan pula, akan bersembang mengenai hal-hal perempuan. Akan ada ahli yang suka berkongsi resepi masakan dan ulasan produk.

Lama-kelamaan bertukar menjadi pasar berjual beli produk kosmetik, produk kecantikan, kelengkapan rumah dan barangan peribadi (handbag, jam dan sebagainya).

Wanita dengan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Wanita sukakan kecantikan.

Group wanita yang berkongsi informasi kecantikan sangat disukai wanita. Ditambah dengan jualan produk yang telah digunakan oleh ahli di dalam group, pastinya produk tersebut akan laku bagai goreng pisang panas!

Perlukah Staff Ada Banyak Group?

Ada dua jawapan yang boleh difikirkan bersama. Ambil masa dan buka minda seluasnya kerana teknologi bukan sahaja membawa kebaikan tetapi boleh juga menjerumus ke arah keburukan.

#1. Perlu

Menjadi satu keperluan adanya banyak group apabila mesej yang ingin disampaikan berbeza mengikut keadaan.

Contohnya, jika hanya ingin membuat mesyuarat antara Jabatan IT, pengumuman sebaiknya untuk jabatan itu sahaja. Tiada kepentingan staff lain (dari jabatan berbeza) untuk tahu jemputan mesyuarat tersebut.

#2. Tidak Perlu

Namun, menjadi tidak perlu kerana dengan adanya group whatsapp berlainan tujuan, akan menjarakkan hubungan antara staff.

Ini kerana selain objektif asal kewujudan group tersebut, akan timbul perkara lain yang biasanya ke arah negatif seperti fitnah, melaga-lagakan staff, perasaan benci dan cemburu.

Kesan jangka panjang, boleh merosakkan hubungan dan keharmonian antara staff.

Kesimpulan

Setiap staff pasti sudah melepasi umur 18 tahun. Bermakna sudah boleh membezakan antara baik dan buruk. Sudah berfikiran waras. Sudah dewasa.

Dengan kurniaan akal fikiran, kami pasti staff dapat membuat keputusan tepat sebelum berkongsi apa sahaja mesej, gambar dan dokumen.

Kami yakin dan percaya, jika digunakan dengan betul, informasi yang disebarkan di Whatsapp akan lebih memberi kebaikan daripada keburukan.

Di Malaysia, pihak kerajaan telah mewujudan satu laman web iaitu Sebenarnya.my. Ini disebabkan oleh penyebaran berita palsu yang berleluasa di Malaysia. Tidak pasti kesahihan dan kepalsuan maklumat yang dikongsi.

Tujuan wujudnya portal Sebenarnya.my untuk memberi maklumat tepat kepada rakyat agar tidak menerima berita palsu terutamanya daripada applikasi WhatsApp.

Anda pernah ada salah satu group di atas? Jom kongsikan.

MZ Ismail


Kongsikan Bersama Rakan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge