Maklumat Program
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah usaha Kerajaan menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Ia adalah usaha kerajaan memberi peluang pekerjaan dan pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.
Untuk tahun 2023, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC/GLIC dan Rakan Strategik
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
◾ Penempatan di Sektor Awam; dan
◾ Penempatan di GLC, GLIC dan Rakan Strategik
Tempoh Kontrak: Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023
Kelayakan Memohon MySTEP
◾ Warganegara Malaysia
◾ 18 tahun ke atas
◾ Sektor Awam
▪ Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
▪ Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing
◾ GLC, GLIC dan Rakan Strategik
▪ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
▪ Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing
Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP seperti di bawah:
Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Kadar Sektor Awam (RM) | GLC, GLIC dan Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum* (RM) |
---|---|---|
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas | 2,100 | 2,100 |
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,700 | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 | 1,500 |
*Nota: Kadar yang disarankan bergantung dan tertakluk kepada setiap program penempatan GLC/GLIC dan Rakan Strategik
Cara Memohon MySTEP
Maklumat lanjut dan permohonan klik di Malaysian Short-Term Employment Programme
(MySTEP)
Be First to Comment