Sikap positif adalah salah satu kriteria penting bagi majikan semasa temuduga sama ada temuduga kerja swasta mahupun temuduga kerja kerajaan.
Melalui sikap yang ditampilkan oleh seseorang graduan atau pencari kerja, majikan dapat mengetahui secara umum perwatakan individu tersebut.
Sudah pasti, calon yang memiliki sikap terpuji akan lebih menarik perhatian bakal majikan. Aura positif ini dapat mempengaruhi suasana temuduga baik kepada bakal majikan ataupun individu yang ditemuduga.
Soalan ringkas dari kami.
Jika anda sebagai majikan dan mempunyai dua (2) pilihan situasi berikut?
1. Calon pekerja yang berkemahiran tinggi tetapi mempunyai sikap buruk
2. Calon pekerja yang kurang berkemahiran tetapi ada sikap yang baik.
Mana satu pilihan anda? Sudah semestinya pilihan kedua kerana kemahiran sebenarnya boleh dilatih dan diajar.
Tetapi sikap agak sukar diubah dalam jangka masa yang pendek lebih-lebih lagi sewaktu temuduga.
Secara ringkasnya, apakah 5 sikap positif seseorang perlu ada semasa temuduga?
1. Bersemangat Tinggi
Majikan dapat melihat semasa sesi temuduga seseorang yang bersemangat tinggi akan sentiasa memberi komitmen penuh dalam setiap soalan yang diajukan.
Keghairahan menjawab soalan dan tumpuan yang tinggi adalah ciri-ciri yang sangat-sangat dicari oleh majikan.
2. Berkomunikasi Dengan Bahasa yang Baik
Bahasa yang baik adalah bahasa yang mudah difahami, elok sususan katanya dan sedap didengari.
Ucapan “Tuan”, “Puan”, “Encik” lebih manis didengar berbanding “bro” atau “bos” walaupun dia memang akan jadi bos anda jika ditakdirkan berjaya kelak.
Komunikasi sebegini mencerminkan identiti seorang pencari kerja yang sangat menghormati dan menghargai orang lain. Kredit yang sangat baik!
3. Sopan Santun Dalam Tingkah Laku
Ini budaya Malaysia yang sentiasa dilatih dengan sifat dan sikap murni. Sopan santun termasuk menjaga etika ketika duduk dan berjalan, tidak terlalu angkuh dalam berbicara, hormat menghormati antara tua dan muda.
Juga sentiasa mendengar soalan kemudian memberi respon yang baik.
4. Senyum Selalu
Senyum itu satu sedekah. Semua orang suka jika orang senyum padanya. Begitu juga halnya kepada bakal majikan.
Apabila kita senyum, aura positif akan terbawa kepada majikan. Pada masa yang sama mereka akan berasa lebih selesa dengan kita.
5. Berfikiran Kreatif
Walaupun jawapan kita ada ketikanya kurang tepat tetapi cara kita berfikir akan menunjukkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.
Berfikiran kreatif dan kritis sangat diperlukan kerana di alam pekerjaan memang banyak masalah yang akan muncul.
Mula Berubah ke Arah Lebih Baik
Sikap positif harus diterapkan dalam sesi temuduga. Pasti peluang yang tinggi jika ditakdirkan anda boleh berjaya dalam temuduga dengan menerapkan segala kebaikan yang ada. Kami doakan kejayaan anda.

[…] ← 5 Sikap Positif Perlu Ada Semasa Temuduga […]
[…] hari ini. Jika ini sebabnya, maka satu keputusan bijak untuk berhenti kerja di tempat lama. Tawaran kerja lebih baik semestinya datang dalam pakej tertentu seperti peningkatan gaji, jarak berdekatan dengan […]
[…] sedar pekerjaan adalah amanah dan tanggungjawab. Kita menanggung satu bebanan yang sangat besar. Perlu sentiasa positif dalam setiap […]
[…] cara yang efektif untuk menarik para penemuduga untuk memanggil anda ke peringkat […]
[…] atau tetap, setiap rezeki yang diterima adalah sama. Itu rezeki kita. Sangat penting bagaimana sikap positif kita dapat dibentuk melalui gaji […]