MAKLUMAT JAWATAN
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41)
Permohonan terbuka kepada semua:
1. Graduan Pendidikan bagi lantikan tetap.
2. Graduan Bukan Pendidikan bagi lantikan secara Contract of Service (CoS).
KELAYAKAN MEMOHON
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
3. Memiliki kelayakan seperti berikut:
i. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sila baca kelayakan memohon yang lengkap seperti iklan jawatan kosong yang disediakan oleh majikan.
SKOP & TANGGUNGJAWAB KERJA
Sila baca Skop dan Tanggungjawab yang lengkap seperti iklan jawatan kosong yang disediakan oleh majikan.
CARA MEMOHON
Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).
KLIK DI SINI untuk maklumat lengkap permohonan, syarat dan skop kerja.
Tarikh tutup permohonan: 21 April 2023
Be First to Comment