MAKLUMAT JAWATAN
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)
Taraf jawatan: Kontrak
KELAYAKAN MEMOHON
1. Warga negara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
4. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
5. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
6. Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan;
6. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM, dan;
7. Bidang kelayakan akademik: Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer
Sila baca kelayakan memohon yang lengkap seperti iklan jawatan kosong yang disediakan oleh majikan.
SKOP & TANGGUNGJAWAB KERJA
1. Berpengalaman dan mempunyai kemahiran dalam pembangunan sistem bagi membantu menganalisa keperluan program, mereka bentuk, mengaturcara (coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupaya menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan aplikasi sistem.
2. Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP), database MySQL/MSSQL dan mempunyai kemahiran bahasa pengaturcara lain seperti Java, JavaScript, jQuery, html dan CSS adalah dialu-alukan.
Sila baca Skop dan Tanggungjawab yang lengkap seperti iklan jawatan kosong yang disediakan oleh majikan.
CARA MEMOHON
Semua permohonan adalah secara atas talian (online) dengan melayari Portal Majlis Agama Islam Negeri Kedah di alamat http://www.maik.gov.my atau https://ikerja.kedah.gov.my
KLIK DI SINI untuk maklumat lengkap permohonan, syarat dan skop kerja.
Tarikh tutup permohonan: 17 April 2023 jam 4.30 petang.
Be First to Comment