MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan: Pegawai Sains Gred C41
Taraf Jawatan: Kontrak
Majikan: Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
KELAYAKAN MEMOHON
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Kimia / Kimia Gunaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
5. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan makmal, sistem pengurusan kualiti dan akreditasi makmal adalah satu kelebihan.
6. Mempunyai perwatakan dan personaliti yang baik.
SKOP & TANGGUNGJAWAB KERJA
1. Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal
penyelidikan dengan efisien.
2. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal.
3. Memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran staf makmal berjalan lancar.
4. Menguruskan penjanaan kewangan serta peralatan Pusat TanggungJawab.
5. Mengurus dan mengambil tindakan terhadap permintaan penggunaan peralatan makmal.
6. Merancang dan memantau pelajar yang menggunakan peralatan dan kemudahan makmal.
CARA MEMOHON
Klik di sini untuk maklumat lengkap permohonan, syarat dan skop kerja.
Tarikh tutup permohonan: 05 April 2023 (Rabu).
Be First to Comment